14 February 2012

Jom Kenal Jenis jenis tepung

Mesti pening kan bila pergi kedai,tengok ada macam-macam jenis tepung jual tapi satu hape pun tak tawu.Nie qila bagi sikit info jenis-jenis tepung.Nanti senang lah nak pilih untuk buat kuih,kek ke.

1)Tepung Serbaguna/Tepung Gandum
/Plain Flour


Tepung paling common dekat Malaysia.Kalau pergi kedai runcit belakang rumah pun boleh dapat.Murah pun murah.Tepung nie wajib ada dekat rumah.Macam-macam boleh buat dari tepung nie. 


2)Tepung kek/Superfine Flour/
Soft Flour/Tepung Berprotein Rendah
Kalau korang nak tawu,tepung nie selalunya orang beli yang dalam kotak yang ade tulis "Superfine flour" tu.Tepung nie sangat halus okay,seronok je pegang tepung nie.Tapi,boleh je kalau tak nak beli,ambil tepung gandum campur dengan 2 sudu kecil tepung kastad,ayak 3 kali.Result dia nanti akan sama je dengan tepung yang ada dekat kedai.



3)Tepung Naik Sendiri/Self Raising Flour
Tepung ni telah dicampur dengan baking powder atau soda bikarbonat.Kalau dalam resepi mintak tepung nie,kita boleh gantikan dengan 250gram(2 cawan) tepung gandum digaul dengan 1 sudu makan(rata) baking powder.Kemudian ayak.




4)Tepung Berprotein Tinggi/Bread Flour/
Hard Flour/Strong Flour




Kalau nak buat pastries macam roti,pizza,donut kena pakai tepung nie,nanti lembut je sebabnya tepung nie ada tahap gluten yang tinggi,jadi lagi anjal dough kita.Tapi,harga dia mahal lah sikit dari tepung gandum


5)Tepung Berprotein Rendah/Tepung Pau


Tepung berprotein rendah nie sesuai untuk buat makanan yang bertekstur ringan dan lembut seperti pau,sponge cake,genoise(sponge cake Italy).Dekat Malaysia nie,orang selalu beli brand blue keys takpun nona.


6)Tepung Red Rose/Tepung Biskut
/Tepung Top/Tepung Cookies


Tepung nie diorang dah letak bahan supaya biskut kita buat lagi ranggup.Qila sarankan korang beli tepung nie untuk buat biskut,sebab guna tepung gandum tak beberapa umphhhh lah.


7)Tepung Kastad



Tepung kastad mampu wangikan kek dan merapatkan tekstur kek.Selalunya kita gua tepung nie bila nak buat krim kastad,triffle,etc.Kalau tepung jagung takda,tepung kastad boleh digunakan sebab kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama,cuma tepung jagung tak boleh menwangikan kek.


8)Tepung jagung


Tepung nie kita guna untuk pekatkan adunan.Kita selalunya letak bila nak buat bubur,kuih dan biskut.


9)Tepung Beras/Gluten-Free Flour


Tepung nie confirm lah buat dari beras,hahaha.sebab nama pun diorang bagi nama sebagai "tepung beras".Ia dibuat dari beras yang dah dimesin sampai lah halus.Kita guna banyak tepung nie bila nak buat bancuh kuih yang kena goreng macam pisang goreng!,dengan kuih-kuih zaman dulu2 macam kuih apam,lapis dengan talam.



10)Tepung Pulut/Glutinous Rice Flour


Sawadikapppppp.Tepung nie tak buat dekat Malaysia.Import dari Thailand ja.Jangan salah tengok taw,cover plastic tepung nie sama je dengan tepung beras.Macam biasa,tepung nie penting untuk buat kuih-muih tradisional.
Fakta buku:Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli iaitu beras yang sudah dibuang bahagian merah pada mata padinya.Selain kaya dengan vitamin E,B .Nak cerna pun senang dan sesuai diambil oleh pengidap kencing manis dengan perempuan mengandung.


11)Tepung krimer
Dekat malaysia,brand ni la yang famous,Coffe mate.Selalunya,tepung ni kita letak dalam minuman sebab nak bagi minuman tuh berlemak sikit.Setengah orang guna untuk buat ice cream.


12)Tepung Hong Kong/Water Lily Flour

Tepung yang sangat putih dan susah nak dapat sebab tepung nie cepat rosak,cepat berkulat atau berkutu.Kalau nak buat pau,tepung nie paling top!tapi boleh jugak pakai tepung pau cuma rasa dia berbeza sikit.


13)Tepung Hoen Kwee



Korang boleh panggil tepung warna-warni.Warna tepung mengikut warna paket.
1)Warna oren-tepung berwarna kekuningan(pastel yellow)
2)Warna hijau-tepung berwarna kehijauaan(pastel green),tapi
campur dengan jus pandan dengan pewarna hijau untuk warna yang terang menyala gitu.
3)Warna biru-tepung berwarna putih

Tapi keseluruhannya,tepung nie guna untuk buat kuih muih terutama dekat indonesia.Paket dia kecik je,dalam 85 gram untuk seunit.

14)Tepung Wholemeal/Tepung Atta


Paling ketara sekali sebab tepung nie warna coklat.Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur .Kalau nak guna,pleaseee jangan ayak!nanti kek akan jadi berat.Biasanya,bila nak guna tepung nie,kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.


15)Tepung Ubi


Sangat berguna nak liatkan adunan,tapi ada setengah resepi tukar dengan tepung sagu.


16)Tepung Sagu


Asal tepung nie dari bahagian tengah pokok sagu,kemudian diorang blend dan rendam supaya sagu mendap dan dikeringkan supaya jadi tepung.Selalunya kita Nampak orang guna tepung sagu dalam bubur,lempeng dengan keropok.Fungsinya sama dengan tepung ubi.



17)Tepung Optima/Sponge Mix Cake


Tepung nie kat kilang dah siap2 letak gula.Kita tinggal campurkannya dengan telur,air,mentega dan pukul sampai pekat.Sesuai untuk membuat kek keju.


18)Tepung Kacang Hijau


Qila sendiri tak pena tengok tepung nie.Berdasarkan apa yang qila baca dekat buku,tepung nie banyak guna dalam membuat tepung kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak.Dihasilkan dari kacang hijau yang digoreng tanpa minyak kemudian kulitnya dikisar sampai jadi tepung.


19)Tepung Biskut Marie


Terhasil tepung nie bila biskut marie dikisar sampai halus dan diayak.Banyak guna dalam membuat kek lapis.

9 comments:

Syad Said said...

nak tanya, dlm english tepung sagu orang panggil apa ye? arrowroot flour ke? dah google tapi tak jumpa la. thanks.

Anonymous said...

omg thank u so much qila! ingatkan tepung gandum tu bukan tepung serbaguna. fuhh nasib baik baca blog ni. agak pelik jugaklah sebab tepung gandum bukan whole wheat flour ke? org ckp whole wheat dgn all purpose flour lain. tolong explain asap pls. tq!

nur aqilah said...

Syaf Said:Maaf,baru perasaan komen kamu disini.Arrowroot tu tak sama dgn tepung sagu.arrowroot tu fungsi dia lebih kurang tepung jagung,dia nak pekatkan adunan

nur aqilah said...

Anonymous:Welcome:),tepung whole wheat flour tak sama dengan tepung gandum biasa..kandungan nutrient dia agak tinggi.Agak susah nak jumpa whole wheat flour ni,mungkin ada jual di Cold Storage

Anonymous said...

On pеut vous dire que ce n'est nullement incohérent ...


My page ... films porno amateurs

Hana Hafiz said...

Salaam sis, if guna tepong hong kong tu perlu ke sy letak sekali baking powder ..? Tenkiuuu ^_^

bajili said...

salam sis..sy share info ni ye..terima kasih..=) semoga murah rezeki

saadiah muji said...

Menarik infonya..

Anonymous said...

Sis...kt mana nk cari tepung sagu ni.. ssh nk jumpa...bleh tlg x