13 March 2012

Cream Puff Comel

Resepi cream puff(resepi nie qila dah alter macam-macam la,lagi lagi dekat proses memasak.Nampak senang tapi masa dulu buat,tak jadi.hancur kot,sedih qila tengok.Lepas tuh,qila study sikit macam mana nak bagi cream puff nie cantik,yelaa sebab study sendiri,tak mintak ajar dari siapa,susah sikit.




TEMPOH MEMASAK
40 minit

KEPERLUAN BAHAN
1)Periuk
2)Whisker
3)Pisau
4)Penimbang

 BAHAN-BAHAN

PUFF(42 biji kecil cream puff)
1)240 ml air kosong
2)100g mentega(cairkan)
3)130g tepung gandum
4)1/2 sudu kecil garam
5)3 biji telur


INTI KASTARD(cukup untuk 42 biji kecil cream puff)
1)1 sudu besar tepung serbaguna
2)1 sudu besar tepung kastard
*guna tepung jagung pun boleh,tapi tak wangi lah
3)5 1/2 sudu makan gula pasir(yang nie dah cukup manis:) )
4)1 cawan susu segar
5)1 biji telur/2 biji kuning telur
6)1 sudu besar mentega

CARA-CARA
Kita buat puffnya dulu

1)Panaskan air dengan api yang perlahan.
2)Masukkan mentega.Biar cair sepenuhnya.
Pastikan air betul-betul mendidih.
3)Masukkan garam dalam tepung.Gaul rata.
4)Bila dah mendidih,terus masukkan tepung sehingga menjadi doh
(alihkan periuk dari api sekejap)
5)Kacau sehingga nampak kepingan nipis terbentuk,agak2 dalam 3 minit.
6)Dalam bekas adunan,masukkan telur sebiji demi sebiji dengan menggunakan
whisker supaya doh sejuk.Kacau sehingga adunan likat.
7)Lenserkan dulang pembakar dengan mentega.
8)Masukkan doh ke dalam piping bag,dan paipkan di atas dulang pembakar.
9)Ambil air/susu,titikkannya di permukaan paling atas puff supaya ia berbentuk bulat.
10)Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu iaitu 200 degree celscius.
11)Bakar selama 10 minit kemudian turunkan suhu kepada
150 degree celscius dan bakar selama 20 minit sehingga kekuningan
12)Rehatkan puff dalam oven selama 10 minit.
13)Potong bahagian tengah,isikan puff dengan cream custard/ice cream/whip cream


Untuk cream
1)Masukkan telur,gula,Kacau bagi gula larut.
2)Masukkan susu,tepung serbaguna dan tepung kastard.Kacau jangan berketu!
3)Panaskan atas dapur sehingga pekat,guna api yang kecil
4)Sejukkan sekejap,pipe cream castard dalam puff.


#Tipssss
1)Pastikan air betul2 didih,baru masukkan mentega,kacau sekejap.
Kemudian terus masukkan tepung.Make sure,alihkan kejap periuk dari api
(Kenapa ea?butter tak boleh masuk terus dengan air sebab melting point butter 
lagi rendah dari air,jadi butter mungkin akan terlebih panas)
2)Kena guna whisker bila mix adunan dengan telur untuk
cepatkan proses penyejukkan adunan
3)Jangan lupa taw,sapu butter/minyak dekat loyang yang kita guna
4)Masak puff selama 10 minit(200 degree),1 minit(180 degree) kemudian 20 minit(150 degree)
Tujuan:qila buat macam nie sebab tak nak suhu oven turun terlalu cepat,oven antik la katakan
5)Kalau tak nak rehatkan puff dalam oven lepas masak,boleh je,tapi korang jangan
sejukkan puff dekat bwh kipas yang pusing laju-laju tuu..
6)Boleh cuba bentuk puff yang lain macam swan,dengan inti chocolate:)

 eclairs:)-melt cooking choc at the top with whip cream at the inner of puff

 swan cream puff:),perfect for romantic dessert.