13 March 2012

Cream Puff Comel

Resepi cream puff(resepi nie qila dah alter macam-macam la,lagi lagi dekat proses memasak.Nampak senang tapi masa dulu buat,tak jadi.hancur kot,sedih qila tengok.Lepas tuh,qila study sikit macam mana nak bagi cream puff nie cantik,yelaa sebab study sendiri,tak mintak ajar dari siapa,susah sikit.




TEMPOH MEMASAK
40 minit

KEPERLUAN BAHAN
1)Periuk
2)Whisker
3)Pisau
4)Penimbang

 BAHAN-BAHAN

PUFF(42 biji kecil cream puff)
1)240 ml air kosong
2)100g mentega(cairkan)
3)130g tepung gandum
4)1/2 sudu kecil garam
5)3 biji telur


INTI KASTARD(cukup untuk 42 biji kecil cream puff)
1)1 sudu besar tepung serbaguna
2)1 sudu besar tepung kastard
*guna tepung jagung pun boleh,tapi tak wangi lah
3)5 1/2 sudu makan gula pasir(yang nie dah cukup manis:) )
4)1 cawan susu segar
5)1 biji telur/2 biji kuning telur
6)1 sudu besar mentega

CARA-CARA
Kita buat puffnya dulu

1)Panaskan air dengan api yang perlahan.
2)Masukkan mentega.Biar cair sepenuhnya.
Pastikan air betul-betul mendidih.
3)Masukkan garam dalam tepung.Gaul rata.
4)Bila dah mendidih,terus masukkan tepung sehingga menjadi doh
(alihkan periuk dari api sekejap)
5)Kacau sehingga nampak kepingan nipis terbentuk,agak2 dalam 3 minit.
6)Dalam bekas adunan,masukkan telur sebiji demi sebiji dengan menggunakan
whisker supaya doh sejuk.Kacau sehingga adunan likat.
7)Lenserkan dulang pembakar dengan mentega.
8)Masukkan doh ke dalam piping bag,dan paipkan di atas dulang pembakar.
9)Ambil air/susu,titikkannya di permukaan paling atas puff supaya ia berbentuk bulat.
10)Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu iaitu 200 degree celscius.
11)Bakar selama 10 minit kemudian turunkan suhu kepada
150 degree celscius dan bakar selama 20 minit sehingga kekuningan
12)Rehatkan puff dalam oven selama 10 minit.
13)Potong bahagian tengah,isikan puff dengan cream custard/ice cream/whip cream


Untuk cream
1)Masukkan telur,gula,Kacau bagi gula larut.
2)Masukkan susu,tepung serbaguna dan tepung kastard.Kacau jangan berketu!
3)Panaskan atas dapur sehingga pekat,guna api yang kecil
4)Sejukkan sekejap,pipe cream castard dalam puff.


#Tipssss
1)Pastikan air betul2 didih,baru masukkan mentega,kacau sekejap.
Kemudian terus masukkan tepung.Make sure,alihkan kejap periuk dari api
(Kenapa ea?butter tak boleh masuk terus dengan air sebab melting point butter 
lagi rendah dari air,jadi butter mungkin akan terlebih panas)
2)Kena guna whisker bila mix adunan dengan telur untuk
cepatkan proses penyejukkan adunan
3)Jangan lupa taw,sapu butter/minyak dekat loyang yang kita guna
4)Masak puff selama 10 minit(200 degree),1 minit(180 degree) kemudian 20 minit(150 degree)
Tujuan:qila buat macam nie sebab tak nak suhu oven turun terlalu cepat,oven antik la katakan
5)Kalau tak nak rehatkan puff dalam oven lepas masak,boleh je,tapi korang jangan
sejukkan puff dekat bwh kipas yang pusing laju-laju tuu..
6)Boleh cuba bentuk puff yang lain macam swan,dengan inti chocolate:)

 eclairs:)-melt cooking choc at the top with whip cream at the inner of puff

 swan cream puff:),perfect for romantic dessert.

24 February 2012

Hiasan Kreatif:)

Hiasan kreatif untuk kek anda!Untuk topping cake,qila guna buttercream icing.

TEMPOH MEMASAK
1 JAM

PERALATAN
1)Piping bag
2)Nozzle
3)Pisau pelepa
4)Food mixer

RESEPI BUTTERCREAM(1 kek)
1)2 cawan krimwell*ada jual dekat bakery cake-macam shortening tapi wangi
2)1 cawan butter(suhu bilik)
3)450 gram icing sugar
4)1 sudu kecil esen vanilla
5)1/2 cawan susu segar
6)pewarna,kalau nak kek warna warni

CARA-CARA
1)pukul mentega sehingga lembut
2)Masukkan krimwell,pukul guna mixer pada speed yang laju
   sampai warna adunan bertukar putih dan gebu
3)Masukkan gula icing sikit-sikit.
4)Masukkan esen vanilla
5)Letak separuh jumlah susu yang kita sukat tadi
6)Pukul hingga sebati
7)Asingkan bahagian cream yang nak guna pada
   lapisan nipis kek.
8)Masukkan baki susu sikit-sikit sampai habis.
9)Dah boleh guna

*Resepi nie untuk icing warna putih-cream je taw.kalau nak colourful gitu,
tambah pewarna yang korangg suka.

Tadaaaaa,nie hasil yang saya buat

Kalau nak dapat bentuk nie,guna rose nozzle,
ouh ye,masukkan ckit-ckit je taw dekat piping bag,sbb tangan kita akan mencairkan buttercream.Kalau susah nak shape,masukkan sekejap buttercream dalam freezer 10 minit.

16 February 2012

Cheesey Chocolate Brownies(Tekstur Kek)

Brownies nie sejenis kek yang padat dan mampat dari segi teksturnyer.Kenapa ea?sebab brownies nie menggunakan bicarbonate soda dan kita tak letak langsung baking powder!Jadi brownies nie nampak macam kek bantat tapi sedap!Untuk CHOCOLATE LOVERS,mesti suka brownies sebab flavour chocolate dekat brownies sangat pekat:),Yes,We Love Chocolate!

Sebelum Masak!

KEPERLUAN MASAK
1)2 bekas adunan

TEMPOH MEMASAK
1)1 jam 15 minit

BAHAN-BAHAN

BAHAN A
1)1 cawan tepung gandum(ayak)
2)1 sudu kecil tepung jagung
3)1/2 sudu kecil bicarbonate soda
3)1/8 sudu kecil garam
4) 1/2 cawan serbuk koko(ayak)


BAHAN B
1)1 cawan susu cair atau 3/4 cawan susu segar
2)2 sudu makan susu pekat
3)1/4 cawan butter cair atau minyak jagung
4)1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN C
1)1 cawan cream cheese(suhu bilik)
2)1/2 cawan gula icing atau 1 cawan gula kastor
3)1 biji telur
4)1/2 sudu esen vanilla

CARA-CARA

ADUNAN KEK
1)Panaskan oven pada suhu 160 degree celscius selama 5-10 minit
1)Ayak bahan A dalam satu bekas adunan.Letak tepi.
2)Satukan bahan B dalam bekas adunan yang lain.Kacau hingga sebati.Letak ke tepi.
3)Tuang bahan A dan B dalam satu bekas secara berselang-seli menggunakan senduk.
4)Tuang adunan dalam loyang yang dah disapu minyak.

 CREAM CHEESE TOPPING
1)Pukul cream cheese sehingga lembut
2)Masukkan gula sikit-sikit..Pukul menggunakan mixer.
3)Masukkan telur dan esen vanilla.Pukul sekejap
4)Tuang topping kat loyang tadi.Kalau nak buat spiral shape pun boleh.Terpulang:)
5)Terus masuk dalam oven dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.

Dah Jadi!

Homemade Ice Cream:Murah Dan Jimat(Bergambar)

Ice Cream sebenarnya terhasil daripada beberapa bahan utama macam lemak(butterfat),susu dan gula.Setengah ice cream diorang akan campur dengan stabilizers and flavour agents supaya ice cream tahan lama.Jadi ice cream nie ada macam-macam cara nak buat,Tapi qila just nak share satu resepi ajelah,resepi nie bukan qila create ea,dapat dekat orang dari website my resipe.Kalau dulu,cara qila buat ice cream guna whipping cream,tepung dengan gula tapi kosnya mahal.Jadi,nie resepi dia:

KEPERLUAN MEMASAK
1)Food Mixer

TEMPOH MEMASAK
20 minit

BAHAN-BAHAN(1 bekas penuh)
1)1 biji telur
2)1 tin susu cair

3)1 sudu makan(penuh) ovalet
4)1 sudu kecil esen vanilla
5)5 sudu makan gula pasir
6)Flavour ice cream
-vanilla,strawbeery,tutti frutti,jagung,coffee,chocolate,cream cheese,etc
7)Kismis,Mix Fruit,Cheddar cheese,Kacang,etc

CARA-CARA

1)Masukkan telur,susu cair,ovalet,esen vanila,gula pasir dalam mixer

2)Pukul dalam speed yang laju,nanti akan nampak berkrim(lebih kurang 10 minit)


3)Adunan akan kembang dua kali ganda dan likat.
4)Masukkan perisa dalam adunan,pukul sekejap je.
5)Tuang dalam bekas,letak dalam freezer(bahagian paling sejuk)
*Jangan tutup bekas
6)Bila ice cream dah confirm beku,baru tutup bekas.

#Note
1)6 sudu makan gula kalau buat flavour chocolate



Flavour yang saya buat:)
 Blueberry Ice Cream With Choc Chips


Nampak tak berketul-ketul tu?Ini Cream Cheese Ice Cream.
Qila sengaja tak hancurkan cream cheese

Easy one,vanilla ice cream!:)

14 February 2012

Jom Kenal Jenis jenis tepung

Mesti pening kan bila pergi kedai,tengok ada macam-macam jenis tepung jual tapi satu hape pun tak tawu.Nie qila bagi sikit info jenis-jenis tepung.Nanti senang lah nak pilih untuk buat kuih,kek ke.

1)Tepung Serbaguna/Tepung Gandum
/Plain Flour


Tepung paling common dekat Malaysia.Kalau pergi kedai runcit belakang rumah pun boleh dapat.Murah pun murah.Tepung nie wajib ada dekat rumah.Macam-macam boleh buat dari tepung nie. 


2)Tepung kek/Superfine Flour/
Soft Flour/Tepung Berprotein Rendah
Kalau korang nak tawu,tepung nie selalunya orang beli yang dalam kotak yang ade tulis "Superfine flour" tu.Tepung nie sangat halus okay,seronok je pegang tepung nie.Tapi,boleh je kalau tak nak beli,ambil tepung gandum campur dengan 2 sudu kecil tepung kastad,ayak 3 kali.Result dia nanti akan sama je dengan tepung yang ada dekat kedai.



3)Tepung Naik Sendiri/Self Raising Flour
Tepung ni telah dicampur dengan baking powder atau soda bikarbonat.Kalau dalam resepi mintak tepung nie,kita boleh gantikan dengan 250gram(2 cawan) tepung gandum digaul dengan 1 sudu makan(rata) baking powder.Kemudian ayak.




4)Tepung Berprotein Tinggi/Bread Flour/
Hard Flour/Strong Flour




Kalau nak buat pastries macam roti,pizza,donut kena pakai tepung nie,nanti lembut je sebabnya tepung nie ada tahap gluten yang tinggi,jadi lagi anjal dough kita.Tapi,harga dia mahal lah sikit dari tepung gandum


5)Tepung Berprotein Rendah/Tepung Pau


Tepung berprotein rendah nie sesuai untuk buat makanan yang bertekstur ringan dan lembut seperti pau,sponge cake,genoise(sponge cake Italy).Dekat Malaysia nie,orang selalu beli brand blue keys takpun nona.


6)Tepung Red Rose/Tepung Biskut
/Tepung Top/Tepung Cookies


Tepung nie diorang dah letak bahan supaya biskut kita buat lagi ranggup.Qila sarankan korang beli tepung nie untuk buat biskut,sebab guna tepung gandum tak beberapa umphhhh lah.


7)Tepung Kastad



Tepung kastad mampu wangikan kek dan merapatkan tekstur kek.Selalunya kita gua tepung nie bila nak buat krim kastad,triffle,etc.Kalau tepung jagung takda,tepung kastad boleh digunakan sebab kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama,cuma tepung jagung tak boleh menwangikan kek.


8)Tepung jagung


Tepung nie kita guna untuk pekatkan adunan.Kita selalunya letak bila nak buat bubur,kuih dan biskut.


9)Tepung Beras/Gluten-Free Flour


Tepung nie confirm lah buat dari beras,hahaha.sebab nama pun diorang bagi nama sebagai "tepung beras".Ia dibuat dari beras yang dah dimesin sampai lah halus.Kita guna banyak tepung nie bila nak buat bancuh kuih yang kena goreng macam pisang goreng!,dengan kuih-kuih zaman dulu2 macam kuih apam,lapis dengan talam.



10)Tepung Pulut/Glutinous Rice Flour


Sawadikapppppp.Tepung nie tak buat dekat Malaysia.Import dari Thailand ja.Jangan salah tengok taw,cover plastic tepung nie sama je dengan tepung beras.Macam biasa,tepung nie penting untuk buat kuih-muih tradisional.
Fakta buku:Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli iaitu beras yang sudah dibuang bahagian merah pada mata padinya.Selain kaya dengan vitamin E,B .Nak cerna pun senang dan sesuai diambil oleh pengidap kencing manis dengan perempuan mengandung.


11)Tepung krimer
Dekat malaysia,brand ni la yang famous,Coffe mate.Selalunya,tepung ni kita letak dalam minuman sebab nak bagi minuman tuh berlemak sikit.Setengah orang guna untuk buat ice cream.


12)Tepung Hong Kong/Water Lily Flour

Tepung yang sangat putih dan susah nak dapat sebab tepung nie cepat rosak,cepat berkulat atau berkutu.Kalau nak buat pau,tepung nie paling top!tapi boleh jugak pakai tepung pau cuma rasa dia berbeza sikit.


13)Tepung Hoen Kwee



Korang boleh panggil tepung warna-warni.Warna tepung mengikut warna paket.
1)Warna oren-tepung berwarna kekuningan(pastel yellow)
2)Warna hijau-tepung berwarna kehijauaan(pastel green),tapi
campur dengan jus pandan dengan pewarna hijau untuk warna yang terang menyala gitu.
3)Warna biru-tepung berwarna putih

Tapi keseluruhannya,tepung nie guna untuk buat kuih muih terutama dekat indonesia.Paket dia kecik je,dalam 85 gram untuk seunit.

14)Tepung Wholemeal/Tepung Atta


Paling ketara sekali sebab tepung nie warna coklat.Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur .Kalau nak guna,pleaseee jangan ayak!nanti kek akan jadi berat.Biasanya,bila nak guna tepung nie,kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.


15)Tepung Ubi


Sangat berguna nak liatkan adunan,tapi ada setengah resepi tukar dengan tepung sagu.


16)Tepung Sagu


Asal tepung nie dari bahagian tengah pokok sagu,kemudian diorang blend dan rendam supaya sagu mendap dan dikeringkan supaya jadi tepung.Selalunya kita Nampak orang guna tepung sagu dalam bubur,lempeng dengan keropok.Fungsinya sama dengan tepung ubi.



17)Tepung Optima/Sponge Mix Cake


Tepung nie kat kilang dah siap2 letak gula.Kita tinggal campurkannya dengan telur,air,mentega dan pukul sampai pekat.Sesuai untuk membuat kek keju.


18)Tepung Kacang Hijau


Qila sendiri tak pena tengok tepung nie.Berdasarkan apa yang qila baca dekat buku,tepung nie banyak guna dalam membuat tepung kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak.Dihasilkan dari kacang hijau yang digoreng tanpa minyak kemudian kulitnya dikisar sampai jadi tepung.


19)Tepung Biskut Marie


Terhasil tepung nie bila biskut marie dikisar sampai halus dan diayak.Banyak guna dalam membuat kek lapis.

11 February 2012

Puding Roti

Sangat Mudah dan sesuai bila dekat rumah kita ada banyak roti nak expired.


KEPERLUAN

1)Loyang kek
2)Whisker/Senduk


BAHAN-BAHAN(1 loyang kek)

1)6 helai roti putih gardenia*nak lebih pun boleh
2)1 tin susu cair(1/2 tin susu pekat + 1/2 tin air suam)
3)4 biji telur
4)3 sudu butter
5)1/2 cawan gula pasir
6)1 sudu kecil esen vanilla
7)Kismis untuk hiasan

CARA-CARA

1)Koyakkan roti dalam 1 mangkuk,Rendam dengan susu selama sejam
*Lagi lama lagi lembut taw!qila selalu rendam 2 jam
2)Panaskan oven pada suhu 180 degree celscius selama 10 minit
3)Dekat bekas lain,pukul gula dengan butter hingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4)Campur adunan tadi dan roti ke dalam loyang yang telah disapu butter
5)Bakar di dalam oven selama 40 minit atau sehingga masak.

#Tips

1)Kalau tak nak guna kismis pun boleh,gantikan dengan buah-buahan macam buah peach ke.
2)Boleh tambah,hirisan buah epal yang digaul dengan cinammon powder.Letak dekat bahagian atas puding roti.
 3)Boleh hidang dengan sos kastard

1)1 tin susu cair(1/2 tin susu pekat+ 1/2 tin air suam)
2)2 sudu makan gula(kalau guna susu cair je)
3)2 sudu makan tepung kastard
3)1 sudu kecil esen vanilla


#Kacau air dengan susu,Masukkan gula,esen tepung.Gaul jangan bagi berketul.
Panaskan dekat stove,api kecil.Kacau sampai pekat.

Red Velvet Cupcake

Kek flavour coklat tapi berwarna merah:).

KEPERLUAN

1)Whisker
2)1 bekas kecil
3)1 bekas besar
4)20 cup cupcake

TEMPOH MEMASAK
2 Jam

BAHAN-BAHAN

KEK
1)2 1/2 cup tepung kek
(1 cup tepung kek=2 sudu kecil tepung kastard dan penuhkannya dengan tepung gandum).
2)1 sudu kecil baking powder
3)3 atau 4 sudu makan serbuk koko
4)4 sudu makan pewarna merah
5)1/2 cawan butter dilembutkan
6)1 1/2 cawan gula castor
7)2 biji telur
8)1 sudu kecil esen vanilla
9)1 cawan buttermilk
(1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka atau 1 3/4 sudu makan cream of tartar)
10)1 sudu kecil cuka putih
11)1 sudu kecil sodium bikarbonat


CREAM CHEESE

1)2 cawan cream cheese(dilembutkan)
2)1 cawan butter
3)1 cawan gula icing
4)1/2 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA

1)Panaskan oven pada suhu 175 degree celscius dan sapu mentaga pada bekas cupcake
2)Ayak tepung kek,baking powder,koko
3)Dalam bekas lain,pukul mentega sampai lembut.Masukkan gula dan pukul hingga kembang dan fluffy.
4)Dalam bekas lain,masukkan susu segar dan cuka.Biarkan sekejap selama 15 minit.Lepas tu,masukkan perwarna merah.Kacau rata.
5)Masukkan tepung dan buttermilk ke dalam adunan(butter+gula) secara berselang-seli sehingga habis.Kaup balikkan pakai spatula je sehingga rata.
6)Dalam mangkuk kecil,campur cuka dengan sodium bikarbonat.Kacau dan terus masukkkan dalam adunan.Kacau rata.
7)Terus masuk dalam loyang.Bakar selama 25-30 minit atau sampai masak.

Kita buat cream cheese dulu sementara tunggu cupcake masak dan sejuk.
1)Pukul cream cheese sehingga lembut.
2)Masukkan gula sedikit demi sedikit
3)Masukkan esen vanilla.Kacau rata
4)Masukkan butter.Kacau rata
5)Masuk dalam fridge.Bila nak guna,baru keluarkan.

#Tips!
1)Kek nie ada menggunakan reaction antara cuka dengan sodium bikarbonat.Jadi lepas dah siap adunkan kek,terus bakar.Kalau biarkan dulu,nanti reaction tadi berkurangan.Kek kurang umphhhh.
2)Letak 3/4 adunan dalam bekas cupcake je,nanti melimpah-limpah.
3)Cream cheese boleh juga diganti dengan whiiping cream atau butter cream kalau siapa2 yang kurang gemar cheese.
4)Sapu cream cheese bila kek dah sejuk,nanti cream akan start cair.
5)Cream cheese tadi akan kehilangan konsistensinya bila ada kat suhu bilik lama sangat.Kalau tak boleh sapu dekat atas kek,simpan sekejap dalam fridge.Pastu,sapu balik.