06 February 2012

Tips Membuat Chocolate Lava Cake

Dalam buat cake,kita kene tahu apa yg kena buat sebelum,semasa dan selepas membuat cake.Jadi,qila nak bagi tips sikit.harap dapat bantu korang nak buat cake nie.Yela kan,bukan semua orang ada talent nak buat cake,mungkin ada dikalangan kita tak tahu asas membuat cake.Takot tak jadi pulak,rugi barang yang dah beli.

SEBELUM

1)Keluarkan butter dari fridge siap2,sebab nak bagi dia lembut,nanti nak pukul dia senang je.Qila selalu keluarkan butter sejam sebelum memasak.

2)Sapukan minyak./butter *qila guna baki butter cair dekat acuan yang kita nak guna tu.Untuk lava cake nie,kene sapu minyak keseluruhan acuan,sebab takot2 cake tak nak keluar pulak dari acuan.
Kalau nak taburkan serbuk koko dekat acuan pun boleh,kita akan dapat bentuk kek yg cantik gitu,tapi qila nak save kan bajet:)
3)Panaskan oven siap2,dalam 5-10 minit.Kalau dalam baking nie,mmg itulah adatnya,kene panaskan oven siap2.

4)Patahkan cooking chocolate siap,macam kat atas nie haa.Tujuan dia supaya coklat tuh cepat cair,jadi tak perlu nak diri kat stove tu lama2.haha.
5)Ayak tepung yang kita nak guna,sebab tepung akan lagi halus,jadi tekstur dia cantik je.

SEMASA
1)Hati-hati masa cairkan cooking choc sebab benda nie sekejap je.Maklumlah,kadang2 ada je diantara kita pergi calling orang lah,itu lah.nanti hangus pulak.
2)Pukul telur dengan gula jangan lama sangat,nanti overbeat.
3)Jangan terlebih letak vanilla esen.So far yang qilah tahu,vanilla esen nie dapat hilangkan bau telur dalam kek.kalau terlebih,nanti proportion tepung dengan esen dah tak sama.
4)Gunakan spatula je masa kacau tepung sebab kita dapat memerangkap udara dalam kek.Kalau guna mixer nanti terlebih udara.


SELEPAS
1)Biarkan kek jap dalam oven,panas kot.hehe
2)Terus keluarkan dari acuan,
3)Lava Cake nie boleh dihidangkan bersama
  1. vanilla ice cream,
  2. whiiping cream
  3. sos kastard.

No comments: