RESEPI
TEMPOH MEMASAK
2 jam
KEPERLUAN
1)Bekas adunan
2)Whisker
3)Penapis
BAHAN-BAHAN
UNTUK PASTRY(20 biji)kalau guna acuan tart qila.
1)125 gram butter
2)250 gm (2 cawan) tepung gandum
3)60 gm(1/2 cawan) gula icing *boleh kurangkan kalau tak nak manis
4)1 sudu makan air kosong sejuk
5)1/2 sudu teh esen vanilla
6)1 biji telur atau 1/2 kuning telur
UNTUK FILLING (20 biji tart)
1)1 biji telur
2)2 sudu makan gula kastor
3)1/2 sudu teh esen vanilla
4)1 cawan air suam
5)2 sudu makan susu pekat
6)2 sudu makan tepung kastard
CARA-CARA
Doh pastri dulu yeee,
1)Biarkan butter dekat suhu bilik*pastikan dia betul2 lembut,lepas tu potong butter kecik-kecik
2)Ayak tepung dan gula.Sebatikan.
3)Letak butter.Gaul rata sampai adunan jadi crumb,macam kat bawah nie haa
4)Buat lubang dibahagian tengah,letak telur,esen vanilla.Gaul rata
5)Letak air sejuk 1/2 sudu dulu.Kacau rata.
*Kalau tak cukup baru tambah
6)Kalau doh lembik-lembik lagi,tambah tepung sedikit demi sedikit sampai doh tuh tak melekit dekat tangan kita,dan doh mampu diuli.
7)Balut dengan cling wrap,simpan dalam fridge 30 minit
Sementara tunggu doh simpan dalam fridge,kita siapkan filling tart
1)Campurkan air suam dengan susu pekat.Kacau sehingga rata.
2)Letak telur,esen vanilla.Whisk kan dia sehingga adunan bercampur sahaja.
*jangan overwhisk
3)Letak tepung kastard.Kacau rata
4)Guna penapis untuk tapis adunan.Letak tepi dulu eaa.
Last steps..
1)Panaskan oven terlebih dahulu selama 160 degree celscius selama 10 minit. 2)Sapu minyak/butter/majerin dekat acuan tart.Sapu sepenuhnya.
3)Ambil sedikit doh,uli dengan tangan sehingga menjadi bulat.
4)Terapkan dia dekat acuan tart,yang qila punya macam nie
5)Cucuk manja-manja gitu,ahakss guna garfu dekat bahagian bawah doh.
6)Bakar dekat suhu 160 degree selama 15 minit.
7)Isi filling dalam acuan tart.
8)Bakar semula selama 15 minit atau sehingga masak.
qila prefer korang sume usha-usha video nihh,sangat bagus amoi cina nih.buat tart
#Tips membua doh1)Sejukkan bekas adunan,sebab doh akan cepat konsisten jadi senang kita nak uli.
2)Pastikan butter betul-betul lembut dulu.
3)Kalau doh susah nak diterap,simpan dalam peti ais sekejap
4)Kena buat lubang dekat bahagian bawah tart sebab tak nak doh menggelembung masa bakar
5)Kalau nak tawu tart dah masak,ambik toothpick,letak kat bahagian tengah,kalau dia boleh stand sendiri.tandanya dah masak.
#Tips membuat filling
1)Kalau tak nak letak tepung kastard pun takpe,tapi tepung nie wangi.dia boleh bantu menwangikan tart korang disamping rapatkan tekstur adunan dan cepatkan pengerasan filling.
SELAMAT MENCUBAAAA!
No comments:
Post a Comment