24 February 2012

Hiasan Kreatif:)

Hiasan kreatif untuk kek anda!Untuk topping cake,qila guna buttercream icing.

TEMPOH MEMASAK
1 JAM

PERALATAN
1)Piping bag
2)Nozzle
3)Pisau pelepa
4)Food mixer

RESEPI BUTTERCREAM(1 kek)
1)2 cawan krimwell*ada jual dekat bakery cake-macam shortening tapi wangi
2)1 cawan butter(suhu bilik)
3)450 gram icing sugar
4)1 sudu kecil esen vanilla
5)1/2 cawan susu segar
6)pewarna,kalau nak kek warna warni

CARA-CARA
1)pukul mentega sehingga lembut
2)Masukkan krimwell,pukul guna mixer pada speed yang laju
   sampai warna adunan bertukar putih dan gebu
3)Masukkan gula icing sikit-sikit.
4)Masukkan esen vanilla
5)Letak separuh jumlah susu yang kita sukat tadi
6)Pukul hingga sebati
7)Asingkan bahagian cream yang nak guna pada
   lapisan nipis kek.
8)Masukkan baki susu sikit-sikit sampai habis.
9)Dah boleh guna

*Resepi nie untuk icing warna putih-cream je taw.kalau nak colourful gitu,
tambah pewarna yang korangg suka.

Tadaaaaa,nie hasil yang saya buat

Kalau nak dapat bentuk nie,guna rose nozzle,
ouh ye,masukkan ckit-ckit je taw dekat piping bag,sbb tangan kita akan mencairkan buttercream.Kalau susah nak shape,masukkan sekejap buttercream dalam freezer 10 minit.

16 February 2012

Cheesey Chocolate Brownies(Tekstur Kek)

Brownies nie sejenis kek yang padat dan mampat dari segi teksturnyer.Kenapa ea?sebab brownies nie menggunakan bicarbonate soda dan kita tak letak langsung baking powder!Jadi brownies nie nampak macam kek bantat tapi sedap!Untuk CHOCOLATE LOVERS,mesti suka brownies sebab flavour chocolate dekat brownies sangat pekat:),Yes,We Love Chocolate!

Sebelum Masak!

KEPERLUAN MASAK
1)2 bekas adunan

TEMPOH MEMASAK
1)1 jam 15 minit

BAHAN-BAHAN

BAHAN A
1)1 cawan tepung gandum(ayak)
2)1 sudu kecil tepung jagung
3)1/2 sudu kecil bicarbonate soda
3)1/8 sudu kecil garam
4) 1/2 cawan serbuk koko(ayak)


BAHAN B
1)1 cawan susu cair atau 3/4 cawan susu segar
2)2 sudu makan susu pekat
3)1/4 cawan butter cair atau minyak jagung
4)1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN C
1)1 cawan cream cheese(suhu bilik)
2)1/2 cawan gula icing atau 1 cawan gula kastor
3)1 biji telur
4)1/2 sudu esen vanilla

CARA-CARA

ADUNAN KEK
1)Panaskan oven pada suhu 160 degree celscius selama 5-10 minit
1)Ayak bahan A dalam satu bekas adunan.Letak tepi.
2)Satukan bahan B dalam bekas adunan yang lain.Kacau hingga sebati.Letak ke tepi.
3)Tuang bahan A dan B dalam satu bekas secara berselang-seli menggunakan senduk.
4)Tuang adunan dalam loyang yang dah disapu minyak.

 CREAM CHEESE TOPPING
1)Pukul cream cheese sehingga lembut
2)Masukkan gula sikit-sikit..Pukul menggunakan mixer.
3)Masukkan telur dan esen vanilla.Pukul sekejap
4)Tuang topping kat loyang tadi.Kalau nak buat spiral shape pun boleh.Terpulang:)
5)Terus masuk dalam oven dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.

Dah Jadi!

Homemade Ice Cream:Murah Dan Jimat(Bergambar)

Ice Cream sebenarnya terhasil daripada beberapa bahan utama macam lemak(butterfat),susu dan gula.Setengah ice cream diorang akan campur dengan stabilizers and flavour agents supaya ice cream tahan lama.Jadi ice cream nie ada macam-macam cara nak buat,Tapi qila just nak share satu resepi ajelah,resepi nie bukan qila create ea,dapat dekat orang dari website my resipe.Kalau dulu,cara qila buat ice cream guna whipping cream,tepung dengan gula tapi kosnya mahal.Jadi,nie resepi dia:

KEPERLUAN MEMASAK
1)Food Mixer

TEMPOH MEMASAK
20 minit

BAHAN-BAHAN(1 bekas penuh)
1)1 biji telur
2)1 tin susu cair

3)1 sudu makan(penuh) ovalet
4)1 sudu kecil esen vanilla
5)5 sudu makan gula pasir
6)Flavour ice cream
-vanilla,strawbeery,tutti frutti,jagung,coffee,chocolate,cream cheese,etc
7)Kismis,Mix Fruit,Cheddar cheese,Kacang,etc

CARA-CARA

1)Masukkan telur,susu cair,ovalet,esen vanila,gula pasir dalam mixer

2)Pukul dalam speed yang laju,nanti akan nampak berkrim(lebih kurang 10 minit)


3)Adunan akan kembang dua kali ganda dan likat.
4)Masukkan perisa dalam adunan,pukul sekejap je.
5)Tuang dalam bekas,letak dalam freezer(bahagian paling sejuk)
*Jangan tutup bekas
6)Bila ice cream dah confirm beku,baru tutup bekas.

#Note
1)6 sudu makan gula kalau buat flavour chocolate



Flavour yang saya buat:)
 Blueberry Ice Cream With Choc Chips


Nampak tak berketul-ketul tu?Ini Cream Cheese Ice Cream.
Qila sengaja tak hancurkan cream cheese

Easy one,vanilla ice cream!:)

14 February 2012

Jom Kenal Jenis jenis tepung

Mesti pening kan bila pergi kedai,tengok ada macam-macam jenis tepung jual tapi satu hape pun tak tawu.Nie qila bagi sikit info jenis-jenis tepung.Nanti senang lah nak pilih untuk buat kuih,kek ke.

1)Tepung Serbaguna/Tepung Gandum
/Plain Flour


Tepung paling common dekat Malaysia.Kalau pergi kedai runcit belakang rumah pun boleh dapat.Murah pun murah.Tepung nie wajib ada dekat rumah.Macam-macam boleh buat dari tepung nie. 


2)Tepung kek/Superfine Flour/
Soft Flour/Tepung Berprotein Rendah
Kalau korang nak tawu,tepung nie selalunya orang beli yang dalam kotak yang ade tulis "Superfine flour" tu.Tepung nie sangat halus okay,seronok je pegang tepung nie.Tapi,boleh je kalau tak nak beli,ambil tepung gandum campur dengan 2 sudu kecil tepung kastad,ayak 3 kali.Result dia nanti akan sama je dengan tepung yang ada dekat kedai.



3)Tepung Naik Sendiri/Self Raising Flour
Tepung ni telah dicampur dengan baking powder atau soda bikarbonat.Kalau dalam resepi mintak tepung nie,kita boleh gantikan dengan 250gram(2 cawan) tepung gandum digaul dengan 1 sudu makan(rata) baking powder.Kemudian ayak.




4)Tepung Berprotein Tinggi/Bread Flour/
Hard Flour/Strong Flour




Kalau nak buat pastries macam roti,pizza,donut kena pakai tepung nie,nanti lembut je sebabnya tepung nie ada tahap gluten yang tinggi,jadi lagi anjal dough kita.Tapi,harga dia mahal lah sikit dari tepung gandum


5)Tepung Berprotein Rendah/Tepung Pau


Tepung berprotein rendah nie sesuai untuk buat makanan yang bertekstur ringan dan lembut seperti pau,sponge cake,genoise(sponge cake Italy).Dekat Malaysia nie,orang selalu beli brand blue keys takpun nona.


6)Tepung Red Rose/Tepung Biskut
/Tepung Top/Tepung Cookies


Tepung nie diorang dah letak bahan supaya biskut kita buat lagi ranggup.Qila sarankan korang beli tepung nie untuk buat biskut,sebab guna tepung gandum tak beberapa umphhhh lah.


7)Tepung Kastad



Tepung kastad mampu wangikan kek dan merapatkan tekstur kek.Selalunya kita gua tepung nie bila nak buat krim kastad,triffle,etc.Kalau tepung jagung takda,tepung kastad boleh digunakan sebab kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama,cuma tepung jagung tak boleh menwangikan kek.


8)Tepung jagung


Tepung nie kita guna untuk pekatkan adunan.Kita selalunya letak bila nak buat bubur,kuih dan biskut.


9)Tepung Beras/Gluten-Free Flour


Tepung nie confirm lah buat dari beras,hahaha.sebab nama pun diorang bagi nama sebagai "tepung beras".Ia dibuat dari beras yang dah dimesin sampai lah halus.Kita guna banyak tepung nie bila nak buat bancuh kuih yang kena goreng macam pisang goreng!,dengan kuih-kuih zaman dulu2 macam kuih apam,lapis dengan talam.



10)Tepung Pulut/Glutinous Rice Flour


Sawadikapppppp.Tepung nie tak buat dekat Malaysia.Import dari Thailand ja.Jangan salah tengok taw,cover plastic tepung nie sama je dengan tepung beras.Macam biasa,tepung nie penting untuk buat kuih-muih tradisional.
Fakta buku:Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli iaitu beras yang sudah dibuang bahagian merah pada mata padinya.Selain kaya dengan vitamin E,B .Nak cerna pun senang dan sesuai diambil oleh pengidap kencing manis dengan perempuan mengandung.


11)Tepung krimer
Dekat malaysia,brand ni la yang famous,Coffe mate.Selalunya,tepung ni kita letak dalam minuman sebab nak bagi minuman tuh berlemak sikit.Setengah orang guna untuk buat ice cream.


12)Tepung Hong Kong/Water Lily Flour

Tepung yang sangat putih dan susah nak dapat sebab tepung nie cepat rosak,cepat berkulat atau berkutu.Kalau nak buat pau,tepung nie paling top!tapi boleh jugak pakai tepung pau cuma rasa dia berbeza sikit.


13)Tepung Hoen Kwee



Korang boleh panggil tepung warna-warni.Warna tepung mengikut warna paket.
1)Warna oren-tepung berwarna kekuningan(pastel yellow)
2)Warna hijau-tepung berwarna kehijauaan(pastel green),tapi
campur dengan jus pandan dengan pewarna hijau untuk warna yang terang menyala gitu.
3)Warna biru-tepung berwarna putih

Tapi keseluruhannya,tepung nie guna untuk buat kuih muih terutama dekat indonesia.Paket dia kecik je,dalam 85 gram untuk seunit.

14)Tepung Wholemeal/Tepung Atta


Paling ketara sekali sebab tepung nie warna coklat.Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur .Kalau nak guna,pleaseee jangan ayak!nanti kek akan jadi berat.Biasanya,bila nak guna tepung nie,kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.


15)Tepung Ubi


Sangat berguna nak liatkan adunan,tapi ada setengah resepi tukar dengan tepung sagu.


16)Tepung Sagu


Asal tepung nie dari bahagian tengah pokok sagu,kemudian diorang blend dan rendam supaya sagu mendap dan dikeringkan supaya jadi tepung.Selalunya kita Nampak orang guna tepung sagu dalam bubur,lempeng dengan keropok.Fungsinya sama dengan tepung ubi.



17)Tepung Optima/Sponge Mix Cake


Tepung nie kat kilang dah siap2 letak gula.Kita tinggal campurkannya dengan telur,air,mentega dan pukul sampai pekat.Sesuai untuk membuat kek keju.


18)Tepung Kacang Hijau


Qila sendiri tak pena tengok tepung nie.Berdasarkan apa yang qila baca dekat buku,tepung nie banyak guna dalam membuat tepung kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak.Dihasilkan dari kacang hijau yang digoreng tanpa minyak kemudian kulitnya dikisar sampai jadi tepung.


19)Tepung Biskut Marie


Terhasil tepung nie bila biskut marie dikisar sampai halus dan diayak.Banyak guna dalam membuat kek lapis.

11 February 2012

Puding Roti

Sangat Mudah dan sesuai bila dekat rumah kita ada banyak roti nak expired.


KEPERLUAN

1)Loyang kek
2)Whisker/Senduk


BAHAN-BAHAN(1 loyang kek)

1)6 helai roti putih gardenia*nak lebih pun boleh
2)1 tin susu cair(1/2 tin susu pekat + 1/2 tin air suam)
3)4 biji telur
4)3 sudu butter
5)1/2 cawan gula pasir
6)1 sudu kecil esen vanilla
7)Kismis untuk hiasan

CARA-CARA

1)Koyakkan roti dalam 1 mangkuk,Rendam dengan susu selama sejam
*Lagi lama lagi lembut taw!qila selalu rendam 2 jam
2)Panaskan oven pada suhu 180 degree celscius selama 10 minit
3)Dekat bekas lain,pukul gula dengan butter hingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4)Campur adunan tadi dan roti ke dalam loyang yang telah disapu butter
5)Bakar di dalam oven selama 40 minit atau sehingga masak.

#Tips

1)Kalau tak nak guna kismis pun boleh,gantikan dengan buah-buahan macam buah peach ke.
2)Boleh tambah,hirisan buah epal yang digaul dengan cinammon powder.Letak dekat bahagian atas puding roti.
 3)Boleh hidang dengan sos kastard

1)1 tin susu cair(1/2 tin susu pekat+ 1/2 tin air suam)
2)2 sudu makan gula(kalau guna susu cair je)
3)2 sudu makan tepung kastard
3)1 sudu kecil esen vanilla


#Kacau air dengan susu,Masukkan gula,esen tepung.Gaul jangan bagi berketul.
Panaskan dekat stove,api kecil.Kacau sampai pekat.

Red Velvet Cupcake

Kek flavour coklat tapi berwarna merah:).

KEPERLUAN

1)Whisker
2)1 bekas kecil
3)1 bekas besar
4)20 cup cupcake

TEMPOH MEMASAK
2 Jam

BAHAN-BAHAN

KEK
1)2 1/2 cup tepung kek
(1 cup tepung kek=2 sudu kecil tepung kastard dan penuhkannya dengan tepung gandum).
2)1 sudu kecil baking powder
3)3 atau 4 sudu makan serbuk koko
4)4 sudu makan pewarna merah
5)1/2 cawan butter dilembutkan
6)1 1/2 cawan gula castor
7)2 biji telur
8)1 sudu kecil esen vanilla
9)1 cawan buttermilk
(1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka atau 1 3/4 sudu makan cream of tartar)
10)1 sudu kecil cuka putih
11)1 sudu kecil sodium bikarbonat


CREAM CHEESE

1)2 cawan cream cheese(dilembutkan)
2)1 cawan butter
3)1 cawan gula icing
4)1/2 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA

1)Panaskan oven pada suhu 175 degree celscius dan sapu mentaga pada bekas cupcake
2)Ayak tepung kek,baking powder,koko
3)Dalam bekas lain,pukul mentega sampai lembut.Masukkan gula dan pukul hingga kembang dan fluffy.
4)Dalam bekas lain,masukkan susu segar dan cuka.Biarkan sekejap selama 15 minit.Lepas tu,masukkan perwarna merah.Kacau rata.
5)Masukkan tepung dan buttermilk ke dalam adunan(butter+gula) secara berselang-seli sehingga habis.Kaup balikkan pakai spatula je sehingga rata.
6)Dalam mangkuk kecil,campur cuka dengan sodium bikarbonat.Kacau dan terus masukkkan dalam adunan.Kacau rata.
7)Terus masuk dalam loyang.Bakar selama 25-30 minit atau sampai masak.

Kita buat cream cheese dulu sementara tunggu cupcake masak dan sejuk.
1)Pukul cream cheese sehingga lembut.
2)Masukkan gula sedikit demi sedikit
3)Masukkan esen vanilla.Kacau rata
4)Masukkan butter.Kacau rata
5)Masuk dalam fridge.Bila nak guna,baru keluarkan.

#Tips!
1)Kek nie ada menggunakan reaction antara cuka dengan sodium bikarbonat.Jadi lepas dah siap adunkan kek,terus bakar.Kalau biarkan dulu,nanti reaction tadi berkurangan.Kek kurang umphhhh.
2)Letak 3/4 adunan dalam bekas cupcake je,nanti melimpah-limpah.
3)Cream cheese boleh juga diganti dengan whiiping cream atau butter cream kalau siapa2 yang kurang gemar cheese.
4)Sapu cream cheese bila kek dah sejuk,nanti cream akan start cair.
5)Cream cheese tadi akan kehilangan konsistensinya bila ada kat suhu bilik lama sangat.Kalau tak boleh sapu dekat atas kek,simpan sekejap dalam fridge.Pastu,sapu balik.

Mencuba Sesuatu Yang Baru:Salad Dressing Cupcake

Cupcake Chocolate yang diperbuat daripada MAYONIS!.Jangan risau ea,mayonis nie sebenarnya boleh digunakan dalam membuat kek sebab mayonis diperbuat daripada telur dan lemak.Oleh sebab tu,kek yang diperbuat dari mayonis nie akan lagi moist gituuuu.

P/s:Resepi nie dapat dekat all recipe,nie la rupa dia.Kek nie qila da try tp sorry takde pic


KEPERLUAN
1)Whisker


TEMPOH MEMASAK
1 JAM


BAHAN-BAHAN(12 cawan muffin cup)

1)1 1/2 cawan tepung gandum
2)1 1.2 sudu kecil baking soda
3)1/3 cawan serbuk koko
4)3/4 cawan mayonis(any brand)
5)1 cawan gula
6)1 cawan air suam
7)1 sudu kecil esen vanilla


CARA-CARA
1)Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 175 degree celscius
2)Ayak tepung gandum,baking soda,serbuk koko.Ketepikan.
3)Pukul mayonis,gula,air dan esen vanilla sehingga sebati.
4)Masuk tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati menggunakan spatula
5)Masukkan ke dalam bekas cupcake yang telah dilenserkan dengan minyak.
6)Bakar di dalam oven selama 15-25 minit.


#Tips:Kek nie qilaa prefer masak dalam cupcake sebab kek nie extra moist dan melekit.Tak beberapa sesuai kalau korangg nak bakar dalam loyang yang besar.

08 February 2012

Blueberry Cheese Butter Cake



Kek nie tetiba teringat nak buat pasaipa sebab dah lama sangat mengidam.Last year,punya cerita.satu family balik kampung belah ayah(lama tak pergi sana),pakcik ada buat kenduri kecil-kecilan.Kalau korang nak tawu,dorg jamu kitorang dengan satu dessert nie lah.butter cake,then ada sikit cheese layer and at the top ada blueberry.Kitorang bagi full star dekat owner yang buat nie sebab.

kek nie tak manis,tak beberapa muak*korang jangan terkejot,ntah bape round setiap orang pergi amek kek nie.boleh kira dalam 5 kali lah.Jadi,qila figure out dan berjaya combine kan resepi itu ini semua untuk jadikan dia satu kek.

RESEPI

TEMPOH MEMASAK
2 jam

BAHAN-BAHAN
1)Loyang kek

2)Food mixer

3)Baking knives
*Kalu takde pun takpe.pisau nie berguna untuk sapu cream cheese frosting

BAHAN-BAHAN(1 biji kek yang kecil)

BUTTER CAKE

BAHAN A
1)2 cawan self-raising flour atauuu
*2 cawan tepung gandum+1 1/2 sudu kecil garam + 1 sudu kecil baking powder
2)200g butter

BAHAN B
1)5 biji telur
2)200g gula kastor/160g gula pasir
3)1 sudu kecil esen vanila
4)1/3 susu segar

CHEESE FROSTING
1)1 cup cream cheese
2)1 cup gula biasa(diblend) atau 1/2 cup gula icing
3)1/4 cup butter


BLUEBERRY LAYER
1)Blueberry filling*ada jual dekat mana2 bakery equipment shop

CARA-CARA
Mula-mula kita buat butter cake dulu.
1)Panaskan oven pada suhu 180 degree celsius selama 5-10 minit
2)Ayak tepung
3)Bahan A dipukul sehingga kembang(wajib guna mixer)
4)Bahan B dipukul sebati*jangan overwhisk
5)Masukkan bahan B kedalam bahan B sehingga rata.
6)Sapu butter pada bekas loyang
7)Masukkan dalam loyang,biarkan adunan sekejap.
8)Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
9)Keluarkan kek dari loyang,sejukkan.

Sementara kek masak,kita buat cheese frosting
1)Pukul cream cheese sehingga kembang
2)Letak gula sedikit demi sedikit sehingga adunan fluffy gitu.
3)Letak butter untuk kilatkan dan senang nak disapu.
4)Cheese frosting boleh simpan sekejap dalam peti ais

Last stepssss....!Kita susun layer cake.
1)Bahagian bawah:butter cake
2)Bahagian tengah:Cheese frosting
3)Bahagian atas:blueberry filling
4)Bahagian tepi kek kalau nak sapu dengan cheese frosting pun boleh.

*Kalau cheese tak boleh disapu pada kek,simpan sekejap dalam peti ais.

ENJOY!

Triffle Kek,Si Kek Berlapis-lapis

Last week,satu family with relatives pergi kenduri kahwin sedara.Macam biasalah,sekarang kan trend orang bagi kek,cupcake,bahulu lah dgn macam2 lagi.Jadi,hasil dari kenduri,kitorang dapat berkotak-kotak kek dan sangat membazir sebab kitorang tak makan sangat.So,qila bawak balik rumah and transform dia tadaaaa jadi triffle.Triffle ni sesuai kalau kita ada ramai guest in the house,sebab kek nie kita buat dalam portion yang besar.



Ni resepi dia

TEMPOH MEMASAK
45 minit

KEPERLUAN:
1)Periuk
2)Bekas transparent yang kaca pun boleh jee.*kalau tak,xnampak layer triffle dia

BAHAN-BAHAN(1 bekas)
1)1 buku butter cake/swiss roll (vanilla atau choc)

2)Custard powder

3)1 tin susu cair Ideal

4)1 paket jelly strawberry*qila guna brand NONA.
5)1 tin fruit cocktail dengan 1 tin buah peach
6)Gula pasir
7)Air

CARA-CARA

1)Potong swiss roll kepada beberapa bahagian
2)Susun swiss roll rapat-rapat dekat bekas yang kita nak hidang

Biarkan dulu,jom masak kastard
1)Dalam periuk yang sama
-tuang 1 tin susu ideal
-Gunakan tin yang sama,tuang 1/2 tin air
-5 sudu makan gula pasir
-7 sudu makan tepung kastard
*Kacau semuanya hingga sebati
2)Panaskan adunan tadi dekat stove(api kecil),
jangan berhenti kacau,
3)Agak-agak kastard macam pekat,tutup api.
4)Curahkan terus dalam bekas transparent tadi.Biar sejuk sekejap,lepas tu tabur buah cocktail
5)Masak strawberry jelly
*ikut je instruction dekat belakang kotak tu.
6)Tuang  jelly dekat bekas transparrent tu,last sekali susun buah peach tue kasi cantik-cantik gitu.
7)Sejukkan dalam fridge,bila dah sejuk.Boleh potong dan MAKAN!!

Egg Tart

Tak beli egg tart dekat kfc punn boleh.hahaha


RESEPI

TEMPOH MEMASAK
2 jam

KEPERLUAN
1)Bekas adunan
2)Whisker
3)Penapis

BAHAN-BAHAN

UNTUK PASTRY(20 biji)kalau guna acuan tart qila.

1)125 gram butter
2)250 gm (2 cawan) tepung gandum
3)60 gm(1/2 cawan) gula icing *boleh kurangkan kalau tak nak manis
4)1 sudu makan air kosong sejuk
5)1/2 sudu teh esen vanilla
6)1 biji telur atau 1/2 kuning telur

UNTUK FILLING (20 biji tart)
1)1 biji telur
2)2 sudu makan gula kastor
3)1/2 sudu teh esen vanilla
4)1 cawan air suam
5)2 sudu makan susu pekat
6)2 sudu makan tepung kastard

CARA-CARA
Doh pastri dulu yeee,
1)Biarkan butter dekat suhu bilik
*pastikan dia betul2 lembut,lepas tu potong butter kecik-kecik
2)Ayak tepung dan gula.Sebatikan.
3)Letak butter.Gaul rata sampai adunan jadi crumb,macam kat bawah nie haa

4)Buat lubang dibahagian tengah,letak telur,esen vanilla.Gaul rata
5)Letak air sejuk 1/2 sudu dulu.Kacau rata. 
*Kalau tak cukup baru tambah
6)Kalau doh lembik-lembik lagi,tambah tepung sedikit demi sedikit sampai doh tuh tak melekit dekat tangan kita,dan doh mampu diuli.
7)Balut dengan cling wrap,simpan dalam fridge 30 minit
 Sementara tunggu doh simpan dalam fridge,kita siapkan filling tart
1)Campurkan air suam dengan susu pekat.Kacau sehingga rata.
2)Letak telur,esen vanilla.Whisk kan dia sehingga adunan bercampur sahaja. 
*jangan overwhisk
3)Letak tepung kastard.Kacau rata
4)Guna penapis untuk tapis adunan.Letak tepi dulu eaa.

Last steps..
1)Panaskan oven terlebih dahulu selama 160 degree celscius selama 10 minit.
2)Sapu minyak/butter/majerin dekat acuan tart.Sapu sepenuhnya.

3)Ambil sedikit doh,uli dengan tangan sehingga menjadi bulat.

4)Terapkan dia dekat acuan tart,yang qila punya macam nie
5)Cucuk manja-manja gitu,ahakss guna garfu dekat bahagian bawah doh.
6)Bakar dekat suhu 160 degree selama 15 minit.
7)Isi filling dalam acuan tart.
8)Bakar semula selama 15 minit atau sehingga masak.

qila prefer korang sume usha-usha video nihh,sangat bagus amoi cina nih.buat tart
#Tips membua doh
1)Sejukkan bekas adunan,sebab doh akan cepat konsisten jadi senang kita nak uli.
2)Pastikan butter betul-betul lembut dulu.
3)Kalau doh susah nak diterap,simpan dalam peti ais sekejap
4)Kena buat lubang dekat bahagian bawah tart sebab tak nak doh menggelembung masa bakar
5)Kalau nak tawu tart dah masak,ambik toothpick,letak kat bahagian tengah,kalau dia boleh stand sendiri.tandanya dah masak.

#Tips membuat filling
1)Kalau tak nak letak tepung kastard pun takpe,tapi tepung nie wangi.dia boleh bantu menwangikan tart korang disamping rapatkan tekstur adunan dan cepatkan pengerasan filling.



SELAMAT MENCUBAAAA!

06 February 2012

Lasagna Bolognese!Come stai?

Menu dinner family kitorang hari ini lasagna,entah tiba-tiba mak cakap macam ni"qilah,hari ini masak lasagna".Oh maiiii oh maiii,hati melompat-lompat,dan semakin girang lebih-lebih lagi mak sambung "mak bagi duit jap lagi".hahaha.Resepi ni qilah ambil dari relatives since hari tu dorg masak memang tahap wonderful,sumptuous

Ni resepinya

TEMPOH MEMASAK
2 jam

KEPERLUAN

1)Loaf tin,(tak pun boleh guna mana2 loyang,asalkan dalam bentuk segi empat)

2)Food grater(Ni takda pun takpa,tp dapat bantu nak potong carrot dan jimat masa korang)
3)Food processor

BAHAN-BAHAN(Cukup satu loaf tin)

ISI
1)Daging Lembu/Ayam kisar(400g)
2)Beberapa ulas bawang putih
3)Beberapa ulas bawang merah
4)1/2 batang carrot
5)1 tin cendawan butang
6)Buah tomato atau boleh beli tomato puree
7)1 tin tomato prego
8)Garam
9)Serbuk Oregano

WHITE SAUCE
1)1/2 cawan Butter
2)3 sudu makan Tepung serbaguna
3)2 cawan Fresh milk
4)5 slices Cheddar cheese
5)Garam
6)Serbuk pala

Ouh yaaa,jangan lupa benda wajib ini
kalau tak,bukan lasagna lah namanya

CARA-CARA

Mula-mula,kita lembutkan lasagna sheet
1)Ambil air panas,letak dalam bekas
2)Masukkan lasagna sheet,biar agak-agak 10 minit.Bagi dia lembut sikit.
3)Keringkan dia dekat good morning towel ke.
4)Letak ke tepi
*Jangan lupa yaa,panaskan oven,180 degree,5-10 minit

Kita masak isi dulu
1)Ambil beberapa ulas bawang putih dan bawang merah,blend kan dia dalam food processor
2)Tumis bawang sekejap
3)Letak carrot dan cendawan*make sure taw carrot lembut
4)Letak daging kisar,goreng sekejap 
5)Letak 1/4 tin tomato puree dulu
*Kalau tak beberapa masam atau mengancam boleh tambah 
6)Letak 3/4 tin prego
*Jangan pekat sangat atau cair sangat.
7)Letak garam,oregano
8)Biarkan sos mendidih sekejap,tutup api

Jommmm buat white sauce
1)Cairkan butter(qilah nak cepat,cairkan siap2 dalam microwave)
2)Bila da cair,campur dengan tepung,gaul bagi rata selama 2 minit
3)Alihkan periuk dari api,letak kesemua fresh milk.Kacau sebati
4)Letak periuk semula dekat api,kacau semula
5)Letak garam,serbuk pala
6)Agak-agak nak pekat,masukkan cheese.Kacau pekat tapi jangan pekat sangat


Penyusunan layer lasagna*qila selalu buat lasagna 3 layer
1)Susun lasagna sheet
2)Tuang isi
3)Tuang white sauce,ratakan
*Ulang balik steps nie utk 2 layer yang seterusnya
*Savekan banyak white sauce untuk layer paling atas sekali
4)Bakar dalam oven untuk 40 minit atau sehingga masak

SELAMAT MENCUBA!

dekat sini qila post tips buat lasagna,feel free to read.mungkin dapat membantu